Adakah syarikat anda membekalkan sabun industri, mesin dobi komersial, alat ganti, atau sistem pengurusan POS dobi? Sering kali belanjawan pemasaran syarikat pembekal habis dibazirkan pada platform pengiklanan terbuka (Facebook Ads atau Google Ads umum) yang menyasarkan pengguna biasa yang tidak mempunyai kedai dobi.
Kami menghubungkan produk dan teknologi anda secara terus kepada pemilik premis dobi, pengusaha dobi layan diri, dobi premium dan cucian kering yang merupakan ahli aktif dalam komuniti kami.
Lihat pakej & harga MULA Hotline 60 11-2719 5917 Cara ia berfungsi
Pangkalan data dan komuniti WhatsApp kami terdiri daripada lebih 200+ pengusaha dobi tempatan yang aktif. Setiap sen bajet iklan anda dibelanjakan untuk dilihat oleh pembuat keputusan industri yang mempunyai kuasa membeli.
Sebagai komuniti yang dikawal selia dengan ketat, iklan anda tidak akan tenggelam dalam lambakan spam. Kehadiran iklan anda di bawah kelolaan Admin MULA memberikan pengesahan (endorsement) secara tidak langsung kepada jenama anda.
Model "Sekali Bayar, Kuota Sah 1 Tahun" — anda tidak terikat dengan komitmen bulanan yang kaku. Beli hari ini, dan tebus slot pengiklanan pada bila-bila masa sepanjang 12 bulan mengikut kalendar promosi syarikat anda, contohnya ketika pelancaran produk baharu.
Hab pengusaha dobi — mesej iklan dihantar terus ke dalam kumpulan WhatsApp yang mengandungi lebih 200 pemilik kedai dobi yang aktif berbincang setiap hari.
Hab rujukan industri — destinasi carian usahawan dobi untuk mendapatkan tip industri.
Kesedaran jenama — capaian luas untuk jenama anda.
Pilih pakej yang bersesuaian dengan skala perniagaan dan bajet pemasaran syarikat anda. Bayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui bil yang dijana.
| FAEDAH & KELEBIHAN | PAKEJ GANGSA Lite |
PAKEJ PERAK Standard |
PAKEJ EMAS Premium |
|---|---|---|---|
| Sesuai Untuk | Pembekal berskala kecil / pengedar sabun tempatan | Pembekal skala sederhana / penyedia servis penyelenggaraan mesin | Pembekal mesin dan bahan kimia utama dobi |
| WhatsApp Broadcast + Pin (24 jam) | 2× siaran setahun | 6× siaran setahun | 12× siaran setahun |
| Laporan View WhatsApp (48 jam) | Ada (setiap siaran) | Ada (setiap siaran) | Ada (setiap siaran) |
| Web Banner Ads (MULA.my) | — | 90 hari (header utama) | 120 hari (header utama) |
| Direktori Pembekal Rasmi | — | Penyenaraian 1 tahun | Penyenaraian 1 tahun + Lencana Verified Partner |
| Artikel Tajaan (Sponsored Article) | — | — | 1× artikel khas (kekal di arkib) |
| Facebook Posts (Feed) & Facebook Story | — | 2× hantaran setahun | 6× hantaran setahun |
| Tempoh Sah Kuota | 1 tahun (12 bulan) | 1 tahun (12 bulan) | 1 tahun (12 bulan) |
| PELABURAN (SEKALI BAYAR) | RM 300 | RM 700 | RM 1,200 |
Semua pakej: pembayaran sekali sahaja, kuota pengiklanan sah 12 bulan dan boleh ditebus bila-bila masa mengikut kalendar promosi syarikat anda.
Mengetahui dengan tepat berapa ramai usahawan dobi yang telah membuka dan membaca mesej promosi anda dalam tempoh 48 jam.
Tetapkan kod diskaun unik (contoh: MULASOP2026) untuk melihat berapa banyak jualan atau pertanyaan borong yang terhasil secara langsung daripada ahli komuniti MULA.
Membolehkan pasukan pemasaran anda menjejak klik unik dari laman web MULA.my terus ke borang pendaftaran atau laman WhatsApp jualan anda.
Pihak Editorial MULA berhak menyemak dan meminta perubahan pada draf iklan anda bagi memastikan mesej yang disampaikan selari dengan nada bahasa komuniti profesional kami.
Wakil syarikat anda yang berada di dalam group dibenarkan memberikan cadangan penyelesaian secara organik bagi menjawab pertanyaan teknikal ahli lain secara percuma. Namun, poster tawaran, promosi harga dan iklan langsung mestilah menggunakan kuota pengiklanan rasmi sahaja.
Penyenaraian 1 tahun dalam direktori pembekal rasmi — rujukan utama ahli MULA apabila mereka mencari mesin, bahan kimia, alat ganti atau sistem POS. Pakej Emas turut membawa Lencana Verified Partner pada penyenaraian anda.
Lihat Direktori PembekalPemilik premis dobi, pengusaha dobi layan diri, dobi premium dan cucian kering — bertemu, belajar dan berbincang dalam program MULA sepanjang tahun.
Gambar sebenar aktiviti MULA 2024–2026.
Tingkatkan jualan produk dobi anda dan bina nama jenama anda sebagai pembekal pilihan utama komuniti MULA hari ini. Untuk tempahan pakej atau perbincangan lanjut mengenai penyediaan bahan kreatif, hubungi kami:
MULA Hotline 60 11-2719 5917 admin@mula.myBayaran: sekali bayar (Gangsa RM300 · Perak RM700 · Emas RM1,200). Bil rasmi akan dijana untuk pembayaran dalam talian.